Menggunakan Aplikasi LG TV Plus
Anda boleh mengawal fungsi TV anda menggunakan aplikasi yang dipasang pada peranti pintar anda.
- Fungsi input teks disokong, jadi anda boleh masukkan teks dengan mudah. (Teks tidak dapat dimasukkan pada sesetengah skrin.)
- Anda boleh mengawal peranti pintar anda sebagai Penunjuk Alat Kawalan Jauh Magik untuk memilih Pad Sentuh pada aplikasi.
- Muat turun aplikasi Plus TV LG daripada Apple App Store atau Google Play Store, bergantung pada OS setiap peranti pintar.
Anda boleh memuat turun aplikasi dengan mudah melalui mengimbas kod QR.Android
iOS
- Tekan butang
pada alat kawalan jauh dan pilih
di bahagian atas penjuru kanan skrin. - Pergi ke
Rangkaian dan tetapkan LG Connect Apps kepada Hidupkan. - Sambungkan TV dan peranti pintar anda dengan rangkaian Wi-Fi yang sama.
- Lancarkan aplikasi LG TV Plus pada peranti pintar anda.
- Ketik butang Mula untuk mengimbas TV yang boleh disambungkan kepada peranti pintar anda.
- Pilih TV yang anda mahukan daripada senarai hasil carian. Kod PIN akan muncul pada skrin TV.
- Masukkan kod PIN dalam aplikasi LG TV Plus agar peranti pintar anda berpasangan dengan TV.
- Anda boleh klik butang pada skrin peranti pintar anda untuk mengawal TV.

- Anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang dipasang pada TV anda.
- Anda boleh mengawal saluran TV, kelantangan dan lain-lain dari jauh.
- Anda boleh menggerakkan penunjuk pada skrin TV sebagaimana anda menggunakan alat kawalan jauh Magik.
Skrin dan kefungsian aplikasi tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Fungsi-fungsi ini memerlukan sambungan rangkaian.
Fungsi-fungsi yang disokong mungkin berbeza bergantung pada negara.